JAKARTA – Polis Thailand memanggil sepasang suami isteri untuk disoal diasat selepas anak perempuan mereka menjadi sensasi internet kerana mendera seekor kucing peliharaan sehingga mencetuskan aduan penganiayaan haiwan, lapor laman berita Thaiger.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan kanak-kanak perempuan itu memegang kucing tersebut di bahagian leher serta kaki depan, menyeretnya di tanah, memijak badan serta dibaling ke tanah dengan kuat.
Perakam yang dikenal pasti sebagai ibunya menganggap interaksi kanak-kanak perempuan dengan kucing berkenaan sebagai gurauan serta tanda kasih sayang.
Namun, pengguna media sosial mengecam tingkah laku tersebut dan mendakwa ia boleh memudaratkan haiwan berkenaan.








