MELAKA: Pernah digelar 'YB Beliau' atau 'YB tembak babi' ketika menjadi wakil rakyat namun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu tidak melihat gelaran itu sebagai penghalang untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat.
Sebaliknya, calon BERSATU, Datuk Norhizam Hassan Baktee, 60, berkata, gelaran berkenaan hanya sebahagian daripada pengalaman dilalui ketika menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Ini termasuk keberanian beliau turun padang bagi menangani pelbagai masalah penduduk.
Menurutnya, ketika diberi mandat sebagai wakil rakyat pada 2018, beliau sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat kerana menyedari kepercayaan dan peluang yang diberikan itu datang daripada rakyat.








