MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali sebagai YB 'tembak babi', dinamakan sebagai salah seorang daripada lapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pengumuman itu disempurnakan Naib Pengerusi Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Melaka di Klebang pada Khamis.Norhizam akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, menentang calon Barisan Nasional (BN), Siti Aisyah Mahmood dan calon Pakatan Harapan (PH), Jason Tze-Xi Nathan.Tujuh calon lain yang diumumkan ialah Nazri Ramli (Lendu), Mohd Zamri Abu Bakar (Gadek), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Sungai Udang) dan Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor).Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali Mohamad, dinamakan sebagai calon bagi kerusi Klebang, manakala Mohd Hamnaim Mohamad akan bertanding di Ayer Keroh dan Muhammad Rabaie Ab Hamid di Bemban.Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Bendahari Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 21 calon parti itu bagi PRN Melaka, sebelum mengumumkan tambahan satu kerusi di Bandar Hilir, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi BN sebanyak 22.Sementara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan calon gabungan itu bagi 22 kerusi, termasuk tambahan satu kerusi di Ayer Limau yang akan ditandingi calon PKR.
PRN Melaka: YB 'tembak babi' antara lapan calon Bersatu

Key takeaways
Datuk Norhizam Hassan Baktee, dikenali sebagai YB 'tembak babi', akan bertanding sebagai calon Bersatu dalam PRN Melaka.
- Norhizam akan bertanding di kerusi DUN Pengkalan Batu melawan calon BN dan PH.
- Bersatu mengumumkan lapan calon untuk PRN Melaka, termasuk Datuk Seri Mohammad Ali Mohamad.
- BN dan PH juga mengumumkan calon mereka untuk PRN Melaka dengan jumlah kerusi yang sama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: YB 'tembak babi' antara lapan calon Bersatu (this story)








