SINGAPURA/BENGALURU: Binance, bursa mata wang kripto terbesar dunia, berkata pada Khamis bahawa ia telah membekukan aset kripto bernilai AS$3 bilion ketika menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlaku pencerobohan keselamatan, dengan penerbit stablecoin, Circle dan Tether, turut membekukan aset berkaitan.

"Binance akan menanggung semua kerugian akibat penggodaman itu," kata Pengasas Bersama Binance, Yi He, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.

Kesan pasaran akibat kemungkinan penggodaman itu, yang menurut firma analitik, Chainalysis berpotensi menjadi kes kecurian aset kripto terbesar pernah direkodkan, dirasai serta-merta dalam dagangan awal Asia pada Jumaat.

Bitcoin susut kira-kira dua peratus kepada paras terendah dalam tempoh enam minggu pada AS$77,646, manakala ether merosot sekitar dua peratus kepada paras terendah dua bulan pada AS$2,238.76.