Bangkok: Polis Thailand memperluas siasatan berhubung sindiket 'Bapa Sewa' membabitkan lelaki tempatan yang mengaku sebagai bapa kandung kepada anak warga asing bagi membolehkan mereka memperoleh kewarganegaraan secara tidak sah.
Siasatan yang memasuki fasa ketiga mengenal pasti 24 individu yang status kewarganegaraan diragui dengan pembabitan lapan hospital, manakala 46 waran tangkap sudah dikeluarkan kepada pihak disyaki.
Pesuruhjaya Biro Imigresen, Leftenan Jeneral Noppasilp Poonsawat berkata, siasatan bersama Jabatan Pentadbiran Wilayah itu dijalankan susulan arahan Ketua Polis Negara, Jeneral Samran Nualma selepas terbongkarnya penglibatan pegawai kerajaan dalam penipuan pendaftaran kelahiran oleh hospital swasta.










