Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) mengintai kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini apabila turun menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang esok.
Skuad kendalian Nafuzi Zain itu pastinya mahu memanfaatkan aksi berkenaan untuk kembali menemui rentak kemenangan selepas prestasi kurang memberangsangkan dalam perlawanan terdahulu.
Nafuzi berkata, persiapan pasukan berjalan lancar dengan tumpuan utama diberikan kepada usaha memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan pemain lebih bersedia menghadapi cabaran tuan rumah.
Menurutnya, tekanan susulan keputusan yang tidak memuaskan adalah perkara biasa dalam bola sepak, namun pemain perlu terus bekerja keras dan tidak mudah mengalah.








