BATU PAHAT - Sepasang kekasih dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berada dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta di Sri Gading.Pasangan masing-masing berusia 17 dan 21 tahun dipercayai cuba melakukan persetubuhan dalam kereta yang diparkir di tempat letak kenderaan pada kira-kira jam 11.20 malam, Khamis.JAINJ dalam kenyataannya memaklumkan, pemeriksaan dilakukan selepas anggota menghampiri sebuah kereta yang berada di kawasan parkir agak gelap dengan enjin masih hidup, namun lampunya tidak dipasang.Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk cermin kenderaan, kereta berkenaan cuba mengundur sebelum menyedari laluan belakangnya dihalang van operasi."Pintu kereta kemudian dibuka seorang lelaki yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan hanya memakai baju-T tanpa berseluar."Pemeriksaan lanjut oleh penguat kuasa wanita turut menemukan seorang wanita di tempat duduk belakang dalam keadaan tidak berbaju, manakala pakaian dan pakaian dalamnya berada di atas kerusi," menurut kenyataan itu.Kedua-duanya kemudian diminta berpakaian lengkap sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.Hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit masih bujang dan bekerja di Batu Pahat, manakala wanita itu masih belajar dan turut mengaku bukan suami isteri."Lelaki itu dikatakan menjemput remaja perempuan berkenaan sebelum mereka meronda dan mencari lokasi sesuai untuk melakukan perbuatan terbabit."Susulan itu, pasangan berkenaan ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, iaitu persediaan melakukan persetubuhan luar nikah," menurut kenyataan itu.
Pasangan kekasih dicekup separuh bogel dalam kereta

Key takeaways
Pasangan kekasih dicekup dalam kereta dalam keadaan separuh bogel di Batu Pahat.
- Pasangan berusia 17 dan 21 tahun dicekup oleh JAINJ dalam kereta.
- Mereka ditemui dalam keadaan separuh bogel di tempat letak kenderaan.
- Kedua-duanya tidak diakui sebagai suami isteri semasa soal siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Alasan berteduh hujan, pasangan kekasih ditahan khalwat
- Sinar Harian Pasangan kekasih dicekup separuh bogel dalam kereta (this story)
- Harian Metro Pasangan kekasih dicekup separuh bogel dalam kereta






