Pontian: Tindakan sepasang kekasih yang kononnya berteduh dalam bilik di sebuah hotel di daerah ini kerana hujan awal pagi tadi, bertukar menjadi 'detik hitam' apabila mereka didatangi pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang sedang menjalankan pemeriksaan rambang dan berkala di hotel berkenaan.
Cubaan remaja perempuan berusia 18 tahun itu menjelaskan lelaki bersamanya dalam bilik itu adalah abang saudaranya juga gagal selepas mereka tidak dapat mengemukakan sebarang bukti hubungan kekeluargaan.
JAINJ dalam kenyataan berkata, pada jam 1.50 pagi, pihak berkuasa mengetuk pintu bilik hotel kerana disyaki terdapat pasangan kekasih di dalamnya disebabkan pendingin hawa dipasang.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fcd0b881ca1bc7f33aaa2cb582a8ba88a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

