SEOUL – Korea Utara melancarkan kira-kira 12 peluru berpandu balistik jarak pendek hari ini, kata kementerian pertahanan Seoul, kurang seminggu selepas Korea Selatan mengusulkan rundingan mengenai pertikaian sempadan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Staf Bersama (JCS) Korea Selatan berkata, tenteranya mengesan sekitar 12 misil balistik jarak pendek yang dilancarkan dari kawasan Wonsan di Korea Utara ke arah Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun.

“Tentera kami meningkatkan pemantauan dan kewaspadaan terhadap kemungkinan pelancaran seterusnya,” tambah JCS dalam satu kenyataan.

Pasukan Pengawal Pantai Jepun secara berasingan berkata, sebuah objek kelihatan seperti peluru berpandu balistik y