HULU SELANGOR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernam, Harman Harun, 53, dikatakan keluar masuk rumah seperti mencari sesuatu terutamanya di dapur pagi semalam sebelum terbabit kemalangan. Malah, arwah dikatakan termenung dalam kereta selepas menurunkan anak di sekolah, seolah-olah tahu waktunya akan tiba.
Perkara itu dikongsi isterinya, Salmiah Mengun, 51, berdasarkan apa yang diceritakan anak mereka selepas kejadian meragut nyawa Harman di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, berhampiran sebuah stesen minyak di Kalumpang, di sini, semalam.
Penolong Kanan Satu Sekolah Rendah Agama (SRA) Kerling itu berkata, sebelum kejadian, dia bersiap untuk menghadiri program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah di SUK Selangor.










