KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja Indonesia, Farel Prayoga, mendakwa mengalami kerugian kira-kira 400 juta rupiah (RM90,000) selepas tanah yang dibeli menggunakan wang hasil titik peluhnya dijual pihak keluarga tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, Farel, 16, berkata dia memilih untuk menangani kemelut berkenaan secara baik kerana tidak mahu hubungan kekeluargaan terus terjejas, meskipun kecewa dengan apa yang berlaku.

"Baru-baru ini, saya berdepan sedikit masalah dengan keluarga apabila tanah yang dibeli hasil usaha sendiri dijual oleh mereka tanpa pengetahuan saya.

"Sekarang, saya cuba bersikap realistik dan melihat bagaimana perkara ini boleh diselesaikan. Saya mahu menangani masalah ini dengan matang sebagai anak muda yang menuntut hak terhadap hasil keringat sendiri," katanya.