KUALA LUMPUR – Tanah dibeli hasil titik peluhnya dijual pihak keluarga tanpa pengetahuan, bintang remaja Indonesia, Farel Prayoga, mengakui mengalami kerugian sekitar 400 juta rupiah bersamaan RM90,000.
Meskipun kecewa, Farel, 16, berkata, masalah berkenaan masih dalam proses mencari penyelesaian terbaik selain memilih untuk bersikap matang meskipun berdepan kemelut membabitkan ahli keluarga sendiri.
“Baru-baru ini, saya berdepan sedikit masalah dengan keluarga. Ada tanah dibeli menggunakan hasil usaha saya dijual oleh pihak keluarga tanpa pengetahuan saya.
“Sekarang, saya cuba bersikap realistik dan melihat bagaimana perkara ini boleh diselesaikan pada masa akan datang, termasuk memikirkan apa bakal berlaku selepas ini.









