KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menawarkan motosikal jenis Honda X-ADV dan ternakan ikan tilapia yang diusahakan untuk dibida penyokong dan rakan-rakan dalam usaha beliau mengumpul dana bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.

Dr Akmal berkata, keputusan menjual aset itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan kewangannya, termasuk simpanan sedia ada yang belum mencukupi untuk menjelaskan jumlah berkenaan.

Katanya, beliau menghargai cadangan orang ramai untuk membuka tabung bagi membantunya mengumpul sumbangan, namun beliau memilih untuk menjual aset miliknya terlebih dahulu.

"Sejujurnya juga, RM300,000 itu sangat besar bagi diri saya. Apabila dihitung segala simpanan yang ada, jumlahnya masih belum mencukupi. Namun, izinkan saya berusaha sendiri dahulu.