SUNGAI SIPUT: Proses pemindahan gajah liar yang membimbangkan 25 pekebun sawit di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Kampung Perlop 1, di sini, sejak bulan lalu sukar dilaksana kerana keadaan geografi.
Timbalan Pengarah PERHILITAN Perak, Wan Shaharuddin Wan Noordin berkata haiwan liar berkenaan dianggar merosakkan tanaman sawit 101 hektar.
Justeru, beliau berkata, pendekatan tembak halau selain dron penghalau berhaba digunakan buat masa ini bagi menghalau gajah masuk kawasan kampung atau kebun.
Keadaan geografi kawasan itu menyukarkan anggota PERHILITAN membawa keluar gajah menggunakan lori.










