TAIPEI: Tentera China memaklumkan pihaknya menghantar pasukan untuk memantau sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang didakwa memasuki perairan sekitar beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
Beijing mendakwa ia adalah pencerobohan secara 'haram' manakala Taiwan melaporkan pertembungan dengan kapal China di bahagian utara laluan perairan itu.
China menganggap hampir seluruh Laut China Selatan sebagai wilayahnya, walaupun tuntutan bertindih dikemukakan Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam dengan ketegangan mutakhir paling ketara antara Beijing dan Manila.
Pentadbiran Barisan Selatan Tentera China berkata kapal USS Charleston 'menceroboh secara haram' perairan berhampiran Beting Sabina di Kepulauan Spratly pada awal pagi semalam tanpa kebenaran kerajaannya.










