KUALA KUBU BHARU - Dua individu hilang ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening di sini pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.13 tengah hari.Menurutnya, pasukan operasi yang sampai di kem pangkalan Kampung Hulu Rening terpaksa berjalan kaki ke tempat mangsa dengan mendaki bukit ke Lubuk Tupai sejauh kira-kira empat hingga lima kilometer."Menurut pemanggil terdapat enam orang sedang melakukan aktiviti pendakian."Terdapat dua orang mangsa telah mandi di sungai dan hanyut dibawa arus deras dan dipercayai tenggelam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, operasi pencarian turut dijalankan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali.Katanya, kerja penilaian awal sedang dijalankan bagi mengesan mangsa.
Dua hilang mandi di Lubuk Tupai

Key points
- KUALA KUBU BHARU - Dua individu hilang ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening di sini pada Rabu.
- Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.13 tengah hari.
- Menurutnya, pasukan operasi yang sampai di kem pangkalan Kampung Hulu Rening terpaksa berjalan kaki ke tempat mangsa dengan mendaki bukit ke Lubuk Tupai sejauh kira-kira empat hingga lima kilometer.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Dua lemas mandi di Air Terjun Lubuk Tupai
- Sinar Harian Dua hilang mandi di Lubuk Tupai (this story)







