PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam direman enam hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.Perintah reman sehingga 26 Oktober 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009.