PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.
Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober ini terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.
Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026.









