KUALA LUMPUR: Seorang penganggur warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, bulan lalu.

Bagaimanapun, bapa berumur 35 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ilmami Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuannya berumur 14 tahun, di sebuah rumah di Jalan Sri Jati, di sini, pada pukul 10 malam, September lalu.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.