Paris: Pemain Paris Saint Germain (PSG), Khvicha Kvaratskhelia, akan menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan koyak ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya ketika membantu pasukan itu menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Kvaratskhelia mengalami kecederaan lutut ketika PSG menang 4-2 ke atas Barcelona, awal pagi tadi dan terpaksa dibantu keluar padang dengan pemain sayap Georgia itu tidak mampu memijak kakinya.

Sementara itu, Ousmane Dembele turut terpaksa dikeluarkan pada minit ke-19 akibat kecederaan paha, manakala pertahanan Marquinhos digantikan berikutan kecederaan sama.

PSG memaklumkan kedua-dua pemain itu akan terus menjalani rawatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.