LONDON: Harga minyak melonjak lebih AS$2 (RM8.16) setong pada Rabu selepas Iran merendahkan jangkaan terhadap kemajuan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).
Perkembangan itu menyebabkan minyak mentah Brent kekal menghampiri paras tertinggi lima bulan, manakala penyusutan inventori minyak mentah dan produk petroleum AS turut menyokong pasaran.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$2.06 (RM8.41), atau 1.9 peratus, kepada AS$110.85 (RM452.53) setong setakat 6.48 petang waktu Malaysia.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula meningkat AS$2.13 (RM8.70), atau 2.2 peratus, kepada AS$99.95 (RM408.04) setong.










