RANTAU PANJANG: Polis Kelantan akan membabitkan ketua masyarakat dan individu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan serta pengedaran dadah di negeri itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata polis mengalu-alukan maklumat dan kerjasama orang ramai bagi menyokong usaha berterusan pasukan itu dalam memerangi dadah.
Beliau berkata, pihaknya akan mendekati pelbagai ketua masyarakat dan individu bagi menggalakkan mereka memainkan peranan secara aktif membantu pihak berkuasa menangani masalah dadah.
"Polis juga mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai yang boleh membantu usaha kita," katanya.










