Kota Bharu: Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial serta isu berkaitan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Katanya, dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Bagi kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dua lelaki tempatan ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes samun yang membabitkan seorang individu dalam kalangan komuniti Rohingya. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.