PETALING JAYA – Tidak mengenal erti penat, itulah yang boleh disimpulkan tentang pengantin baharu, Bella Astillah apabila dilihat masih bekerja di hari persandingan, hari ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dilihat sempat membuat persembahan di Ipoh, Perak sempena pelantikannya sebagai duta baharu sebuah klinik.

Video Bella di acara tersebut tular dalam media sosial dan rata-rata netizen memuji kesungguhannya dalam mencari rezeki.

“Malam ni ada majlis kahwin tau. Dia masih boleh bekerja. Memang gila Bella ni. Tak kenal erti penat,” komen netizen.