PERIBAHASA Cina ada menyebut, 'Jika mahu melihat sejarah 100 tahun China, lihatlah Shanghai'. Memang ada kebenarannya jika menjejaki kaki ke kota metropolitan ini.
Dikatakan ia ada kaitan dengan maksud perkataan Shanghai itu. Dalam bahasa Mandarin, 'shang' bermaksud 'atas', 'naik' atau 'pergi ke atas' manakala 'hai' bermaksud 'air'.
Itu sebabnya bandar ini dipanggil Shanghai atau 'bandar untuk menghala atau pergi ke laut lepas'. Nama ini sangat tepat menggambarkan kedudukan geografinya.
Shanghai terletak di muara Sungai Yangtze, tepat di pesisir Pantai Timur China menghadap ke Laut China Timur.








