KUALA LUMPUR – Pernah dihimpit kontroversi, pelakon Sophia Albarakbah lega apabila namanya kini lebih dikenali menerusi hasil lakonan, bukan kisah peribadi yang tiada kaitan dengan kerjaya seni.

Sophia atau nama lengkapnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata dia mahu penonton menilai dirinya berdasarkan naskhah drama dan filem yang merupakan fokus utamanya.

“Saya lebih suka orang mengenali saya melalui watak dalam drama mahupun filem yang saya bawakan. Satu kepuasan kalau orang bercakap fasal karakter yang kita galas.

“Biarlah dikata nama suram atau sebagainya semata-mata tiada cerita panas, janji