nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: "Hingga hari ini saya tidak mampu membaca atau mendengar tragedi yang menimpa Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang ditemui mati selepas dipercayai dibunuh kerana ia mengingatkan kejadian yang menimpa anak kesayangan saya kira-kira 13 tahun lalu," kata Ruhani Hussin.

Ruhani, 71, adalah ibu kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013.

Menurutnya, kejadian yang berlaku kepada Irene Sofiya itu ibarat membuka semula kesedihan yang dialaminya sejak 13 tahun lalu.

"Kejadian menimpa Irene Sofiya dalam kawasan sekolah, manakala kejadian yang menimpa Allahyarham Ahmad Faris pula dalam kawasan asrama. Kedua-dua mereka adalah pelajar Tingkatan Empat ketika kejadian.