Kluang: Biarpun tiada pertalian darah, pemuda ini tidak berkira malah sanggup membelanjakan wang bagi meraikan ulang tahun kelahiran bapa angkatnya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bagi Muhamad Riduan Ramli, 28, apa dilakukan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan kasih sayang dicurahkan bapa angkatnya, Abas Mat Dol, 75, yang dipanggil babah.

Dia tidak berseorangan malah mengajak enam rakannya untuk bersama meraikan hari ulang tahun kelahiran Abas pada 7 Oktober lalu.

Berkongsi kisah itu, Muhamad Riduan yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, perancangan untuk meraikan bapa angkatnya dilakukan pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari ulang tahun.