Kuala Lumpur: Tiada kompromi mengenai keselamatan di pintu masuk utama (PMU) negara dan sebarang ketegasan mengenainya perlu mendapat sokongan tak berbelah bahagi oleh semua pihak.

Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Ismail Awang berkata, jika tidak, ia akan memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menggugat kedaulatan undang-undang negara ini selain mengancam keharmonian sedia ada.

Katanya, dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang didakwa mengasari anggota cawangan khas, ia perlu diteliti sebaik mungkin.

"Ada pelbagai pendapat oleh masyarakat mengenai isu ini, tetapi apa yang perlu dilihat ialah soal ketegasan dan tidak bagi muka terutama membabitkan pendatang asing yang masuk ke negara kita.