PETALING JAYA – Rupa paras dihina dan dibandingkan dengan artis Indonesia, Agnez Mo oleh netizen negara itu, penyanyi Stacy menyelar tindakan berkenaan dan menyifatkan perbandingan tersebut sebagai tidak wajar.
Ujar Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 36, setiap penyanyi mempunyai latar belakang serta perjalanan seni tersendiri, justeru perbandingan berdasarkan foto lama tanpa mengambil kira konteks kehidupan masing-masing dianggap tidak adil.
“Tidak wajar saya disamakan dengan Agnez Mo kerana saya berasal dari kampung di Borneo, Sabah, Malaysia.
“Sedangkan Agnez berasal dari bandar di Indonesia dan sudah bergelar artis sejak kecil. Bandingkanlah kami dengan individu yang mempunyai latar belakang bersesuaian,” katanya dalam Threads.









