KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau bersama Ketua Pengarah Kesihatan turut meneliti perkara itu kerana petunjuk prestasi utama (KPI) itu masih belum dapat dipenuhi.

Menurutnya, ia sememangnya menjadi satu cabaran besar apabila peratusan itu masih belum memenuhi sasaran ditetapkan.

“Bagi 2025, pencapaian keseluruhan di peringkat nasional bagi kes keutamaan satu (Priority 1), hanya 34.1 peratus, iaitu masih di bawah sasaran 50 peratus yang kami tetapkan,” katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.