GEORGETOWN: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, mempertahankan keperluan penutupan sekolah secara berasaskan kes mengikut keperluan semasa penularan jerebu memandangkan kualiti udara sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi.
Beliau juga memahami kebimbangan ibu bapa berhubung pengumuman penutupan sekolah secara harian, termasuk desakan supaya sekolah ditutup beberapa hari bagi memudahkan keluarga membuat perancangan awal.
"Saya memahami kebimbangan ini. Justeru, saya sudah meminta supaya keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persiapan," katanya menerusi hantaran di laman media sosial.
Bagaimanapun, Fadhlina menegaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh berubah mengikut masa dan tempat, sekali gus menuntut keputusan penutupan sekolah diselaraskan mengikut keadaan semasa di kawasan yang terbabit.







