Pada 7 Oktober lalu, Johor mengumumkan penutupan sekolah susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Semua sekolah dan institusi pendidikan di Johor ditutup selama lima hari lagi kerana jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Kerajaan Johor mengumumkan tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan dilanjutkan bermula 12 Okt hingga 16 Okt setelah meneliti perkembangan semasa pencemaran udara, serta risiko gangguan pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dan warga pendidikan.

"Keputusan pelanjutan tempoh penutupan ini dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor utama berdasarkan penilaian situasi semasa," kata Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Naqib Ghazali, dalam kenyataan.