introteks: Diagnosis awal membolehkan bayi yang memerlukan rawatan atau intervensi jantung segera dikenal pasti

Kadar pengesanan penyakit jantung kongenital (CHD) kritikal dalam kalangan bayi sebelum kelahiran di Malaysia masih rendah apabila hanya sekitar 15 peratus kes dikesan secara pranatal bagi tempoh 2016 hingga 2023.

Angka itu bersamaan kira-kira satu daripada tujuh kes dan jauh lebih rendah berbanding negara maju yang merekodkan kadar pengesanan melebihi 50 peratus, malah sesetengah pusat perubatan mampu mencapai lebih 80 peratus.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik Kardiologi, Dr Mohd Nizam Mat Bah, berkata jurang berkenaan menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh saringan dan pengesanan awal CHD di negara ini.