am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi, Shiha Zikir memaklumkan dia belum bersedia untuk berkongsi kepada orang ramai berkaitan penyakit ibunya, Rohana Ibrahim, 68, ketika ini.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata dia juga masih menunggu keputusan ujian kedua daripada doktor kerana masih tidak percaya dengan keputusan pertama sebelum ini.
"Buat masa sekarang, saya tak nak beritahu emak sakit apa sebab masih lagi terkejut dengan 'result' yang pertama.
"Tapi, bila ramai yang bertanya emak sakit apa, saya akan beritahu bila sudah bersedia. Saya tak nak kongsi lagi penyakit emak sebab saya sendiri tak kuat bila bercakap mengenai emak.










