Masalah jantung dan saluran pernafasan yang kompleks dalam kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian awal kerana simptom yang ditunjukkan kadangkala kelihatan seperti masalah pernafasan biasa. Batuk berulang, bunyi pernafasan yang tidak normal, sesak nafas, sukar menyusu atau cepat letih mungkin dianggap perkara biasa, sedangkan ia boleh menjadi petunjuk kepada keadaan yang memerlukan penilaian lanjut.Dalam menguruskan keadaan seperti ini, pendekatan yang menyeluruh melibatkan kerjasama pelbagai kepakaran bagi memastikan kanak-kanak menerima penilaian dan rawatan yang bersesuaian. Di IHH Healthcare Malaysia, rangkaian 18 hospital yang merangkumi Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre, serta disokong oleh lebih 2,000 pakar, membolehkan kepakaran dan perkhidmatan berkaitan diselaraskan mengikut keperluan pesakit, termasuk bagi kes pediatrik yang kompleks.Menurut Pakar Pediatrik Kardiologi dari Gleneagles Hospital Penang, Dr Shereen Toh May Yi, peningkatan kes yang dikesan tidak semestinya menunjukkan bahawa masalah jantung kongenital atau saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Sebaliknya, tahap kesedaran ibu bapa yang lebih tinggi serta kemajuan dalam pemeriksaan dan diagnosis membolehkan lebih banyak kes dikenal pasti.Penyakit jantung kongenital sendiri bukanlah keadaan baharu dan merupakan antara penyakit kongenital yang paling kerap berlaku. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira lapan hingga 10 daripada setiap 1,000 kelahiran hidup mengalami penyakit jantung kongenital, bersamaan kira-kira satu peratus daripada keseluruhan kelahiran atau sekitar 4,000 hingga 5,000 kes baharu setiap tahun.Dalam perkembangan yang sama, kemampuan untuk mengenal pasti kes, termasuk kes yang lebih serius, turut bertambah baik dari semasa ke semasa.Apabila masalah pernafasan bukan sekadar masalah pernafasanAntara keadaan saluran pernafasan kompleks yang boleh berlaku pada kanak-kanak ialah vascular ring, iaitu pembentukan salur darah yang tidak normal sehingga menekan saluran pernafasan dan kadangkala salur makanan. Keadaan seperti double aortic arch dan pulmonary artery sling termasuk dalam kategori ini.Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengalami tracheomalacia atau bronchomalacia, iaitu keadaan apabila saluran pernafasan menjadi lembut dan mudah mengempis ketika bernafas.Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit jantung kongenital, hubungan ini menjadi lebih penting kerana struktur jantung atau salur darah yang membesar boleh memberi tekanan kepada saluran pernafasan."Simptomnya pula tidak begitu spesifik," jelas Dr Shereen, sambil menyenaraikan antara tanda yang boleh berlaku termasuk bunyi pernafasan bising, batuk berulang, jangkitan dada yang kerap, sesak nafas, masalah menyusu atau makan serta kesukaran untuk ditanggalkan daripada bantuan pernafasan.Keadaan sedemikian kadangkala disalah anggap sebagai asma atau jangkitan pernafasan biasa.Hubungan antara jantung dan
Masalah jantung dan saluran pernafasan kanak-kanak perlukan pengesanan awal, rawatan menyeluruh

Key takeaways
Masalah jantung dan saluran pernafasan kanak-kanak memerlukan pengesanan awal dan rawatan menyeluruh untuk keadaan yang kompleks.
- Simptom seperti batuk berulang boleh menjadi tanda masalah jantung atau saluran pernafasan yang serius.
- Pendekatan menyeluruh melibatkan kerjasama pelbagai pakar untuk rawatan yang sesuai.
- Kes penyakit jantung kongenital mencatatkan kira-kira satu peratus daripada kelahiran setiap tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Masalah jantung dan saluran pernafasan kanak-kanak perlukan pengesanan awal, rawatan menyeluruh (this story)
- Malaysiakini (BM) Jerebu: Kes jangkitan saluran pernafasan, radang mata meningkat








