KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Sabtu berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi yang kini dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia.El-Sisi dianugerahkan darjah kebesaran itu di Istana Negara dalam istiadat khas di Dewan Seri Maharaja sebelum Majlis Jamuan Negara sempena meraikan pemimpin Mesir itu yang tiba di negara ini semalam.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta tetamu kehormat dan delegasi Mesir.Terdahulu, El-Sisi diberikan sambutan negara di Dataran Kawad Istana Negara sejurus tiba pada 10.08 pagi.Lawatan El-Sisi, atas undangan Sultan Ibrahim, merupakan kunjungan pertama Presiden Mesir ke Malaysia setelah hampir tiga dekad selepas kunjungan terakhir pada November 1997 oleh Mohamed Hosni Mubarak ketika menghadiri Sidang Kemuncak G-15 di Kuala Lumpur dan lawatan rasmi sebagai Naib Presiden Mesir pada 1979.Malaysia dan Mesir telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1959. - Bernama
Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada El-Sisi

Key takeaways
Sultan Ibrahim menganugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir, El-Sisi semasa lawatannya ke Malaysia.
- El-Sisi menerima darjah kebesaran di Istana Negara semasa lawatan dua hari ke Malaysia.
- Ini merupakan lawatan pertama Presiden Mesir ke Malaysia selepas hampir 30 tahun.
- Sambutan negara diberikan kepada El-Sisi sejurus tiba di Dataran Kawad Istana Negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Bernama , Malay Mail
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada El-Sisi (this story)
- Free Malaysia Today Agong berkenan kurnia darjah kebesaran kepada presiden Mesir








