Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi yang kini dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia.
El-Sisi dianugerahkan darjah kebesaran itu di Istana Negara dalam istiadat khas di Dewan Seri Maharaja sebelum Majlis Jamuan Negara sempena meraikan pemimpin Mesir itu yang tiba di negara ini semalam.
Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Pertahanan Khaled Nordin, Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani serta tetamu kehormat dan delegasi Mesir.







