CARACAS: Bekas wanita pertama Venezuela, Cilia Flores, mengalami masalah jantung yang "amat serius" dan menggesa dibebaskan dari penjara di Amerika Syarikat (AS), tempat beliau dipenjarakan bersama Nicolas Maduro.
Anak Maduro, Nicolas Maduro Guerra, berkata ibunya mengalami masalah 'jantung prolaps', iaitu keadaan apabila injap atau bahagian jantung tidak berfungsi seperti sepatutnya dan dalam kes serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Katanya, Flores, 69, memerlukan pembedahan dan perlu dibebaskan supaya dapat menjalani rawatan serta pemulihan dengan baik selepas pembedahan.
Peguam Flores, Mark Donnelly, mencadangkan supaya beliau ditempatkan di rumah dengan kawalan bersenjata 24 jam, memakai gelang pemantauan elektronik dan menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa.








