PENSACOLA (Amerika Syarikat): Taufan Isaias membadai Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) dengan hujan lebat dan angin kencang pada malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika ribut Kategori 2 itu melanda bahagian barat laut Florida, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Lebih 500,000 penduduk di Florida dan Alabama terputus bekalan elektrik akibat Taufan Isaias.

"Isaias mendarat berhampiran Destin, Florida. Banjir pesisir pantai yang mengancam nyawa melanda kawasan Pantai Teluk, ketika keadaan taufan berbahaya dan banjir kilat merebak ke kawasan pedalaman," lapor NHC.