SHAH ALAM – Keperluan rawatan pesakit Cerebral Palsy (CP) di negara ini akan dikenal pasti dengan lebih tepat menerusi pangkalan data khususnya yang sedang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pangkalan data itu membolehkan kementerian mengetahui profil pesakit serta keperluan setiap individu terlibat dalam memperkukuhkan perkhidmatan kepada golongan itu.

“Bila kita tahu jumlah pesakit CP, boleh kita sediakan kemudahan serta rawatan yang lebih baik dan inklusif kepada mereka.

“KKM sentiasa mengambil berat terhadap pesakit CP. Kita mahu mereka menjalani kehidupan baik, seperti individu normal lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Cerebral Palsy 2026 di sini, hari ini.