Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang berkata masih terdapat ruang yang besar untuk mengukuhkan dokumentasi, penyelidikan, dan pendataan diaspora Melayu secara lebih sistematik.KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara menekankan keperluan pangkalan data etnik yang komprehensif di peringkat antarabangsa bagi merapatkan jurang pendataan diaspora Melayu.

Menteri Aaron Ago Dagang berkata, langkah itu penting memandangkan sehingga kini belum terdapat satu pangkalan data antarabangsa yang seragam berasaskan etnik, biarpun statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan lebih 1.8 juta diaspora Malaysia di seluruh dunia.

"Masyarakat Melayu perlu dilihat bukan sahaja berasaskan sempadan negara moden, tetapi dalam kerangka sejarah dan peradaban Alam Melayu yang merentasi rantau ini dan wilayah lain.