KUALA LUMPUR: Juara Terbuka Artik, Aaron Tai-Yap Roy King mendedikasikan kejayaan mereka di Vantaa, Finland, semalam kepada ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.
Herry sebelum ini menyifatkan Aaron-Roy King sebagai gandingan yang mempunyai potensi besar dan mereka membuktikan keyakinan jurulatih itu dengan muncul juara dalam penampilan sulung sebagai pasangan di pentas Jelajah Dunia.
Aaron-Roy King menewaskan pasangan ranking ke-60 dunia dari Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, 21-19, 21-19 untuk merangkul gelaran kejohanan bertaraf Super 500 itu.
Herry tidak mengikuti pasukan ke Finland, namun Roy King berkongsi gambar dia bersama Aaron menghubungi jurulatih berkenaan menerusi panggilan video di Instagram selepas kemenangan itu.








