KUALA LUMPUR: Bagaimana caranya menarik minat generasi muda yang lebih akrab dengan telefon pintar, permainan digital dan media sosial tertarik membaca kisah pahlawan Melayu yang ditulis ratusan tahun lalu?
Jawapannya mungkin terletak pada kaedah cerita itu disampaikan.
Atas pertimbangan itu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan semula Hikayat Hang Tuah dalam pendekatan lebih segar menerusi edisi berilustrasi dan format komik, tanpa mengetepikan nilai serta pemikiran yang terkandung dalam karya agung berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Sakri Abdullah, berkata pendekatan itu menjadikan kisah Hang Tuah lima bersaudara lebih mudah didekati pembaca, khususnya kanak-kanak dan remaja.









