PETALING JAYA – Aktor Aqasha mengakui tanggungjawab menghidupkan watak Hang Tuah dalam sebuah karya epik Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) watak paling berat yang pernah dijayakan sebagai anak seni sejak lebih 20 tahun lalu.

Bukan satu tugas mudah , tambahan pula katanya gambaran sempurna figura legenda itu sudah ada jangkaan tinggi di jiwa khalayak.

Menurut Aqasha, 42, watak itu sendiri sudah amanah yang menuntut pengorbanan daripadanya dari awal latihan sehingga akhir pementasan kelak.

“Saya tak nafikan, mempersembahkan sesebuah watak seperti Hang Tuah merupakan satu tugas yang berat untuk seorang pelakon. Saya rasa macam ada batu jemala besar duduk atas bahu ini.

“Tapi saya terima jangkaan ramai itu dengan positif, Saya tahu, sesiapa yang datang tengok karya epik ini, pasti mahu tengok seorang Hang Tuah yang kaya budi bahasa, segak, tangkas dan menjaga pekerti.