Jerebu terus melanda bahagian selatan Semenanjung, dengan bacaan IPU 185 di Seremban, Negeri Sembilan tertinggi di seluruh negara setakat 10 pagi ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Melaka, Negeri Sembilan dan Johor masih terjejas jerebu, dengan setiap kawasan tersenarai di tiga negeri selatan Semenanjung itu merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Sebanyak 37 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tidak sihat dan 31 lagi mencatatkan kualiti udara sederhana. Tiada kawasan mencapai kualiti udara baik, bacaan IPU sangat tidak sihat atau berbahaya.

Bacaan IPU 185 di Seremban, Negeri Sembilan tertinggi, manakala Nilai ialah 183 dan Port Dickson 174.