PETALING JAYA: Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.30 pagi ini dengan Seremban mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 186.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Negeri Sembilan antara negeri yang terjejas apabila Nilai merekodkan bacaan IPU 183, manakala Port Dickson mencatatkan 174.
Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing mencatatkan bacaan 184 dan 183, manakala Alor Gajah merekodkan 177.
Di Johor, Segamat merekodkan bacaan 183, diikuti Tangkak (181), Pasir Gudang (179), Kluang (176), Larkin (172), Batu Pahat (169), Pengerang (169) serta Kota Tinggi (164).






