KUALA TERENGGANU: Kelewatan mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi kerja penambahan pasir pantai menjadi antara punca Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus di sini lewat dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, isu kelulusan EIA itu telah diselesaikan sepenuhnya dan pihak kontraktor meningkatkan kapasiti kerja bagi mempercepat pelaksanaan projek.
Katanya, sehingga 17 September lalu, kemajuan fizikal projek mencapai 60.9 peratus berbanding 60.7 peratus kemajuan yang dijadualkan.
“Susulan perkara tersebut, tindakan penambahbaikan diambil bagi memastikan pelaksanaan kerja di tapak diperkemas dan kapasiti pelaksanaan dapat dipertingkat khususnya bagi kerja-kerja perlindungan pesisir pantai.








