PETALING JAYA – Keadaan jerebu terus melanda negara apabila sebanyak 37 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.08 pagi ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186.

Ia diikuti Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka yang masing-masing merekodkan IPU 184, manakala Nilai, Negeri Sembilan; Segamat, Johor serta Johan Setia, Selangor masing-masing berada pada bacaan 183.

Pasir Gudang dan Tangkak di Johor pula masing-masing mencatatkan IPU 181.

Tasek Ipoh, Perak; Shah Alam, Selangor serta Alor Gajah, Melaka masing-masing merekodkan bacaan 178, diikuti Kluang, Johor (176), Port Dickson, Negeri Sembilan (174) serta Tanjung Malim, Perak dan Larkin, Johor masing-masing 173.