LISBON: Cristiano Ronaldo digantung oleh Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) selepas penyerang itu meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan susulan pertelingkahan dengan pengendali, Jorge Jesus.

Insiden bermula apabila Jesus meminta Ronaldo melakukan pemanasan badan ketika Portugal membuka kempen Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 ke atas Norway, sebelum membiarkan pemain itu memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan.

Ronaldo menganggap tindakan itu sebagai satu penghinaan lalu meninggalkan kem pasukan. Dia kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf panjang, malah mencadangkan supaya badan induk berkenaan mengenakan hukuman terhadapnya. Namun, kesan daripada insiden itu kini mula dirasai.